Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM)  memberi keutamaan kepada projek penggantian blok bangunan di sekolah daif yang berada pada skala 6 dan skala 7.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengenal pasti bangunan-bangunan daif melalui analisis skor gred impak untuk keutamaan pelaksanaan projek ini.

“Sehingga 31 Januari 2023, sebanyak 830 buah sekolah mempunyai blok bangunan yang berada pada skala 6 dan 7 yang memerlukan penggantian atau pembangunan semula.

“Bilangan bangunan daif ini adalah dinamik selaras dengan penyelesaian pelaksanaan pembangunan semula dan penerimaan untuk mengesyorkan tahap keselamatan bangunan oleh agensi teknikal.

“Projek yang diangkat untuk kelulusan pelaksanaan terdiri daripada senarai sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7,” kata kenyataan yang sama.

Jelas KPM, pihaknya komited menyediakan infrastruktur pendidikan selamat dan kondusif untuk kegunaan murid serta warga sekolah.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keseriusan kerajaan dalam menangani isu sekolah daif.

Menurut KPM, pengumuman PM tersebut adalah selaras dengan hasrat pihaknya untuk mengutamakan isu ini di seluruh negara seperti yang telah diberi perhatian dalam tujuh aspirasi kementerian sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast