Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu.

“Tepat jam 4.10 petang tadi (Isnin), diiringi beberapa AJK UMNO Bahagian Maran, saya serahkan Borang Menawarkan Diri bertanding MKT UMNO Malaysia.

“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Moga perjuangan ini mendapat Restu-Nya jua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahaniza yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul turut menghantar borang pencalonan sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran bagi penggal yang baru.

Pemilihan parti berlangsung pada 1 Februari hingga 18 Mac depan di semua peringkat bagi mematuhi pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). – MalaysiaGazette