Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2021.

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kecewa dengan prestasi kerja segelintir wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan agensi negeri itu.

Mereka dilihat masih mengamalkan sikap ‘kena ketuk, baru jalan’ dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Menurutnya, kumpulan itu termasuk semua penjawat awam di yang sewajarnya lebih komited dan bergerak sebagai satu pasukan yang mantap lebih-lebih lagi selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Saya nak tanya tugas wakil rakyat, ketua-ketua jabatan termasuk penjawat awam pasca PRU15, apakah kita benar-benar telah bersatu hati, tekad dan bulat hati kepada satu matlamat?

“Kalau persoalan ini masih belum terungkai, kita sebenarnya belum lagi mantap sebagai sebuah pasukan. Jangan bila diketuk, baru jalan sebaliknya semua ketua jabatan perlu ada budaya proaktif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Bulanan bertajuk Menerap Aspirasi Madani, Mencorak Budaya Proaktif di Auditorium Seri Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman turut menempelak sesetengah ketua-ketua jabatan yang mempunyai terlalu sedikit bebanan kerja sehingga dlihat tidak mempunyai tugas.

“Mudah sungguh, tak mahu nanti ada orang kata kita ini ‘makan gaji buta’ (sedangkan) tugas untuk menentukan efisiensi, kecekapan ketua-ketua jabatan ini perlu sentiasa dipantau bukan hanya tumpu kepada kakitangan bawahan sahaja.

“Mulai saat ini, kita mesti ada matlamat dan aspirasi yang sama demi menjayakan semua agenda pembangunan negeri melaka dengan tugas yang seimbang.

What ever it takes, if you cannot do it, I will get somebody else to do it for you,”.

“Saya mahukan apa yang kita rancang sebelum ini dapat dilaksanakan dan ada hasil bukan semata-mata duduk di atas kertas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast