KUALA LUMPUR – Akar umbi UMNO didakwa sudah muak dengan kumpulan kayangan yang wujud dalam kalangan kepimpinan bahagian dan cawangan parti itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, sifat itu kini dirasai rakyat hingga menyebabkan parti itu terus berdepan dengan defisit kepercayaan pengundi.
“Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) PRU15 lepas bukan hanya kerana drama pergaduhan dalaman yang ditayangkan kepada umum.
“Bahkan ia disebabkan oleh wujudnya sifat elitis dalam kalangan pemimpin cawangan dan bahagian (UMNO),” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Bagaimanapun Mohd Dendera Billah berkata, akar umbi UMNO diingatkan perlu kembali menjuarai permasalahan rakyat selepas diberi peluang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
“UMNO ketika ini berpeluang untuk meningkatkan keupayaannya bagi menjadi teraju utama dalam memperjuangkan isu-isu asas rakyat.
“Untuk menambat semula hati rakyat, UMNO harus kembali kepada fungsi asal iaitu menjadi tempat mengadu rakyat dan berupaya menyelesaikan setiap permasalahan mereka,” katanya lagi.
Tambahnya, perkara itu tidak boleh dicapai sekiranya akar umbi UMNO terus berpecah-belah dan terus bermain dengan pelbagai sentimen.
“Hal ini tidak akan dapat dicapai sekiranya ahli-ahli UMNO sendiri tidak bersatu padu dalam mengendalikan hal-hal dalaman parti ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, UMNO perlu menggunakan peluang kedua dalam Kerajaan Perpaduan untuk melakukan muhasabah diri dan menilai langkah-langkah pembaharuan bagi memastikan parti itu tidak lagi ditolak rakyat.
“Kita perlu giat memperjuangkan isu rakyat dan memberi tumpuan kepada kebajikan ahli UMNO terutamanya golongan B40 yang masih lagi setia dengan perjuangan parti ini.
“Kita perlu memulakan langkah rekonsiliasi dengan niat yang ikhlas iaitu perjuangan UMNO perlu berlandaskan kepentingan rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Mat nak tanya dalam UMNO ni bila pernah ada pendaimaian?
Pendamaian tu bila UMNO perlukan?
Sejarah ada faktanya bila berdamai dengan UMNO dari bermula PERIKATAN ke zaman BN pepatah Melayu lama “amat tempat” mengukir makna *ibarat melepaskan anjing tersepit*.
Ada sesiapa tahu hal peribahasa ini?
Takkan la pimpinan atas umno baru sedar benda mcm ni, SEBENARNYAumni ni cawangan dan bahagian lama sah mengamal cara ni sebab itu kita lihat umno bkn makin berkembang malah makin parah disbbkan umno mula tidak hiraukan agenda memvantu bangsanya sendiri. Pemimpin atas sebenarnya leka disbbkan kemewahan yg mereka dapat dari umno sendiri dan tidak hairan la mmmg ramai ketua bahgian berulang alik ke kuala lumpur utk mendapat projek bagi diri mereka sehingga ada ketua bahagian yg sampai bermusuhan disbbkan projek dgn pegawai2 kerajqqn.
umno mesti terbuka untuk mendaftar keahliannys dan bergiat aktif bagi golongan profesional malah perlu mempermudahkan daftar keahlian e daftar ahli dan di permudahkan isi maklumat. Ramai sebenarnya yang mahu menjafi ahli umno tanpa meninggalkan jawatan unyuk bergrrak aktif.
Bila ada GUNTING DALAM LIPATAN, begini la jadi nya