KUALA LUMPUR – Juara badminton paralimpik dunia 11 kali, Cheah Liek Hou menyifatkan kenyataan berunsur perkauman bekas pemain pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik sebagai mengarut.
Beliau yang turut menyumbang pingat emas pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 berkata, alasan umat Islam solat lima kali sehari tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mewajarkan kritikan terhadap prestasi badminton negara.
Liek Hou berkata, semua orang perlu sembahyang termasuk kaum Cina.
“Sebelum masuk ke gelanggang, sebelum masuk ke tournament, kita pun sembahyang untuk meminta satu confident orang kata,” katanya.
Beliau berkata demikian seperti dipetik daripada rakaman video yang dikongsi dalam laman Facebook bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Guang Yik mencetuskan kontroversi selepas rakaman video mengandungi kenyataannya yang mendakwa pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah teruk disebabkan diuruskan oleh kaum Melayu yang dianggapnya sebagai pemalas.
Beliau yang bercakap dalam bahasa Cina turut mendakwa, sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam selama lima kali sehari menunjukkan kaum itu tidak mempunyai niat untuk menguruskan BAM justeru mencadangkan agar pengurusannya ditukar kepada orang Cina.
Semalam, Guang Yik memohon maaf atas kenyataannya itu sambil menyatakan niatnya adalah untuk mempertikatkan prestasi badminton negara.
Sementara itu, Syed Saddiq berkata, sukan adalah untuk semua dan tiada sesiapa pun yang sepatutnya mengaitkan sukan dengan agama atau kaum.
“Bola itu takkanlah tak nak bagi kamu main hanya kerana kamu adalah kaum atau bangsa tertentu,” jelasnya.
Beliau berharap semua pihak mengambil pengajaran dari isu tersebut dan menghentikan amalan diskriminasi. – MalaysiaGazette
Baka tentera Tanah Besar Cina aka PKM letak senjata jer bukan letak ideology Komunis ironynya automitik dianugerah ic pru politikus Pak Pandir ooii.