JASIN – Pemuda UMNO Bahagian Jasin menggesa kerajaan segera melucutkan kewarganegaraan bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik yang secara terbuka menghina kesucian agama Islam dan orang-orang Melayu di negara ini.
Ketuanya Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, keharmonian rakyat yang hidup dalam kepelbagaian kepercayaan agama dan budaya untuk sekian lama akan binasa sekiranya petualang sepertinya terlepas tanpa sebarangan hukuman yang tidak cukup sekadar memohon maaf.
Menurutnya, tindakan atlet itu menghina kesucian agama Islam dan kaum Melayu di negara ini adalah sangat biadap, melampaui batas dan terlalu sukar untuk dimaafkan.
“Kenyataan sebegini bukan sahaja mengguris hati dan perasaan tetapi mampu membawa kepada permulaan ketegangan kaum yang jika tidak dihentikan segera, mampu mengakibatkan malapetaka yang kita semua tidak inginkan.
“Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengutuk keras hal ini dan mendesak kerajaan melucutkan hak kerakyatan Guang Yik dengan segera untuk memastikan kedaulatan agama Islam dan kehormatan bangsa Melayu tidak sewenangnya dicabul oleh sesiapa pada bila-bila masa,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis terhadap perbuatan Guang Yik itu di Balai Polis Merlimau di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut Dr Akmal berkata, sebagai seorang atlet yang pernah mewakili negara, dia sudah pastinya sedar hal berkaitan agama Islam dan bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan apatah lagi menjadi bahan cacian walau apapun alasannya.
“Hal-hal ini menjadi ilmu asas bagi seluruh warganegara kerana ianya bukan sahaja termaktub di dalam Perlembagaan serta Rukun Negara, tetapi telah diajar sejak bangku sekolah lagi.
“Tidak cukup hanya dengan peringatan dan permohonan maaf, perlaksanaan hukuman perlu segera dilaksanakan untuk dijadikan iktibar serta tauladan kepada mereka yang cuba mencabar kedaulatan serta kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya.
Beliau turut memberikan contoh apakah tindakan diambil dalam isu hampir sama terhadap pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn yang digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.
Ia selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.
“Jadi jika dengan satu muat naik ‘nakal’ di media sosial oleh seorang atlet kita baru-baru ini menyebabkan beliau telah digantung dari menyertai skuad negara, maka apa yang telah dilakukan oleh Guang Yik perlu dihukum dengan hukuman yang lebih berat.
“Walaupun pernah diberikan peluang menyumbang bakti kepada negara, jasa Guang Yik langsung tidak setanding dengan tingkah peribadinya,” tegasnya.
Sebelum itu, tular di media sosial video Guang Yik yang mendakwa pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah teruk disebabkan diuruskan oleh kaum Melayu yang dianggapnya sebagai pemalas.
Beliau yang bercakap dalam bahasa Cina turut mendakwa, sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam selama lima kali sehari menunjukkan kaum itu tidak mempunyai niat untuk menguruskan BAM. – MalaysiaGazette.
Tiba masanya pribumi di Malaysia ikut contoh pribumi di negara-negara bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai oleh majority migran bukan pribumi ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tanpa diberi hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut politikus Pak Pandir ooii!
Lol !
China penjajah negara merdeka Tibet & Turkistan timur. Turut menjajah sebahagian negara Monggolia (Selatan Monggolia). Pribumi asal dilenyapkan identiti, sejarah, budaya & bahasa. Malah lebih teruk sehingga sampai penghapusan secara total (genocide).
Korea Selatan & Jepun pun sama, tak nak beri taraf kewarganegaraan pada migran yg dah menetap lebih 100 tahun juga.
☝ ini semua tak nak cerita kah ?
Jangan bias, hipokrit & narsistik Sinophelia.
kami anak dan juga pemuda melayu menyeru kerajaan lucutkan kewarjanegaraan si rasis ini…kami tidak blh terima ape yg dikatakannya….minta maaf memang mudah…###### nyah dari bumi malaysia