Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Seorang penjual sayur berniat mulia untuk membantu ‘rakan karibnya’ namun berputih mata selepas wang  simpanannya sebanyak RM125,000 hilang dalam kejadian di Bentong dekat sini hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa diperdaya individu yang menyamar rakan karibnya sendiri menerusi aplikasi WhatsApp.

Individu itu didakwa menggunakan nama dan gambar kenalan rapat mangsa.

“Suspek memperdaya mangsa dengan meminta  bantuan pinjaman wang daripada pengadu menerusi telefon pada Ahad lalu.

“Akibat percaya dan ingin membantu, mangsa telah membuat beberapa kali transaksi dan mula tersedar setelah 16 kali transaksi ke lima akaun berlainan dilakukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ramli berkata dalam kejadian berasingan, seorang balu pula telah terpedaya dengan kenalan di alam maya menerusi sindiket love scam.

Suspek kononnya telah mengirimkan hadiah kepada pengadu dan pengadu dikehendaki berurusan dengan pihak penghantar barangan tersebut.

Pengadu mula sedar ditipu setelah  melakukan transaksi ke lima akaun berlainan.

Pengadu telah mengalami kerugian  berjumlah RM86,000 hasil wang simpanan dan wang pencen arwah suaminya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast