Nadya Syahera.

KUALA LUMPUR – Ketika selebriti lain seolah-olah berebut untuk menjadi duta bagi menjana pendapatan tambahan – lain pula dengan pelakon dan pengacara, Nadya Syahera.

Ini kerana wanita berusia 29 tahun ini sering menolak tawaran syarikat yang ingin menawarkan dirinya untuk menjadi duta atau jurucakap produk kerana dia memiliki prinsip hidupnya sendiri.

Bagaimanapun ibu kepada tiga ini menafikan dia jual mahal sebaliknya lebih selesa untuk mencuba dahulu apa juga produk yang ditawarkan walaupun mengeluarkan wang sendiri.

Namun Nadya akhirnya bersetuju untuk menjadi duta produk kecantikan kulit setelah melihat ke berkesanan produk berkenaan apabila menggunakannya.

“Semuanya bermula apabila saya mencuba produk ini ketika menjalani rawatan di sebuah spa kecantikan pada tahun lalu. Apabila memakai produk ini, ternyata ia memberi kesan yang cukup positif terutama sekali pada wajah saya. Lantas saya teringat kerana pernah dipelawa untuk menjadi duta sebelum ini sebelum menghubungi kembali wakil syarikat sama.

“Apatah lagi produk penjagaan kulit keluaran Nano Cosmetics sememangnya selamat, boleh dipercayai dan berkesan berdasarkan prinsip saintifik dan penyelidikan tentang cara kulit manusia berfungsi,” ujarnya.

Nadya Syahera kini merupakan duta Nano Cosmetics,

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelantikannya selaku duta Nano Cosmetics yang berlangsung baru-baru ini.

Produk itu dihasilkan melalui teknologi yang diilhamkan oleh potensi nano dan bioteknologi yang menggunakan ekstrak tumbuhan dari hutan hujan.

“Apabila saya ditawarkan menjadi duta, saya beritahu kepada pihak Nano Cosmetics untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang reviu tanpa mencuba dahulu dan pastinya duit yang saya dapat tidak berkat jika berbuat demikian kerana seolah-olah menipu pengguna,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Nano Cosmetics, Nur Amalia Abdullah berkata, Nur Amalia menjelaskan, formulasi unik produk syarikat diperoleh hasil penyelidikan nano­teknologi daripada pusat penyelidikan universiti tempatan dengan menghasilkan produk serum untuk wajah dan masker wajah menggunakan ekstrak manggis dan nanas.  – MalaysiaGazette