Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan Perdana Menteri melantik anak sebagai pegawainya.

“Berhentilah bermain politik dan membuat keputusan-keputusan cakap tak serupa bikin. Misalnya, tiba-tiba ada dasar menteri-menteri boleh lantik anak beranak sebagai pegawai.

“Walaupun tidak mengambil gaji, pelantikan ini boleh menimbulkan percanggahan kepentingan, atau dengan izin conflict of interest dan berbaur nepotisme,” katanya semasa ucapan sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Ucapan itu dipercayai merujuk kepada pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu lagi, pelantikan itu langsung tiada kaitan dengan keperluan rakyat yang mendedak ketika ini.

“Rakyat bukan nak lihat anak menteri, anak perdana menteri, memegang jawatan dalam kerajaan. Mereka nak lihat menteri dan perdana menteri buat kerja untuk rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin menempelak tindakan itu dengan mempersoalkan kelayakan Nurul IZaah.

“Apa pengalaman dia, tidak tahu apa-apa pun,” katanya lagi.

Ketika Muhyiddin meneruskan sesi perbahasan, beliau turut dihujani dakwaan dirinya terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya, Muhyiddin berkata, pihaknya akan mengemukakan tindakan undang-undang.

“Itu adalah satu fitnah dan pembohongan,” tegasnya.

Pertanyaan itu disuarakan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanya sama ada Muhyiddin akan mengambil tindakan terhadap tuduhan tersebut.

Muhyiddin berkata; “Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya, itu fitnah, bohong,”

Dalam pada itu, Muhyiddin berharap Kerajaan Perpaduan menghentikan aktiviti witch-hunt terhadap pembangkang.

“Melemparkan tuduhan yang bukan-bukan. Kononnya saya seleweng RM600 bilion. Kemudian turun nilainya kepada RM92.5 bilion. Kemudiannya turun lagi kepada RM4 billion hingga RM5 bilion. Yang terakhir RM300 juta.

“Apa ini? Angka yang berubah-ubah ini keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Seolah-olah Perdana Menteri pun tidak pasti apa yang dia tuduh. Kalau tidak pasti, jangan tuduh sebarangan.

“Saya belum nak ambil tindakan undang-undang kasihan kepada Perdana Menteri baharu, bagi dia peluang dahulu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tak payah nak berlagal suci laa PM paling gagal dlm sejarah..sebelum ko tanya PM..ko tanya dulu kawan baik PAS ko…MB Kelantan dan TMB Kelantan yg lantik anak2 dia dlm syarikat kerajaan negeri…hipokrit musibat ni

Comments are closed.