Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak layak untuk mendapat pampasan daripada kerajaan.

“Saya mempunyai sebab untuk mengetahui sebabnya kerana saya tidak fikir dia layak mendapat pampasan sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas perdana Menteri itu berkata, beliau tidak pasti mengapa kerajaan terutamanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) bertindak merahsiakan tuntutan pampasan daripada Apandi.

“Saya keliru dengan keputusan Menteri Azalina Othman untuk merahsiakan penyelesaian tuntutan Apandi Ali untuk pampasan atas pemecatan beliau.

“Apandi, bekas AG Kerajaan Najib Tun Razak, membuat tuntutannya secara terbuka.  Malah beliau menamakan jumlah itu sebanyak RM2,233,599.36,” katanya lagi.

Dua hari lalu, Azalina berkata terma-terma penyelesaian berhubung kes saman Apandi terhadap Dr Mahathir dan kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara, dikelaskan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Azalina menjelaskan kes sivil itu telah diselesaikan di luar mahkamah atas persetujuan kerajaan tanpa sebarang pengakuan liabiliti.

“Semasa rundingan penyelesaian dijalankan bagi penyelesaian tersebut, pihak-pihak kepada guaman ini, khususnya pihak plaintif (Mohamed Apandi) yang diwakili oleh Tetuan Shukor Baljit and Partners, dan Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar terma-terma penyelesaian dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada pihak umum,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Azalina memaklumkan, perkara itu bagi menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pampasan yang dibayar kerajaan kepada Mohamed Apandi apabila kerajaan menyelesaikan kes saman itu.

Pada 13 April 2022, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman itu selepas kerajaan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa sebarang pengakuan liabiliti dan terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.

Pada 13 Oktober 2020, Mohamed Apandi memfailkan saman menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu pada 2018 sebagai tidak sah.

Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015 memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – MalaysiaGazette

3 Komen

    • Kata nak telus, nak lawan rasuah. Kenapa keputusan sebab sebab dirahsiakan dari umum? Kerajaan ni lepas berpeluk dengan kleptokrat dah jadi lain pulak. Kalau betul nak telus dan berintigriti berprinsip tak perlu rahsiakan keputusan sebab sebab. Cakap tak serupa bikin betul. Konon nak lawan rasuah
      Kamu ni enabler rasuah ke?

  1. Ni ko punya taik lah ni..pecat org sesuka hati…lepas tu kerajaan pulak kena basuh taik ko…skrg nak bersuara lg? Org Langkawi pun tak suka hang yer …

Comments are closed.