BEIJING – Salah seorang jutawan perbankan berprofil tinggi di China dilaporkan telah hilang.
Ketua Eksekutif China Renaissance Holdings, Bao Fan, tidak dapat dihubungi dalam beberapa hari kebelakangan ini, kata firma itu kepada Bursa Saham Hong Kong.
Bao ialah broker perjanjian terkemuka di China yang pelanggannya termasuk syarikat teknologi terkemuka Didi dan Meituan.
Pengumuman firmanya telah meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan tindakan keras Beijing terhadap tokoh kewangan dan teknologi.
Saham dalam firma pelaburan itu menjunam pada hari Jumaat, selepas ia memberitahu pemegang saham ia “tidak dapat menghubungi Bao Fan”.
Lembaga menambah, ia tidak mengetahui “apa-apa maklumat yang menunjukkan bahawa ketiadaan Bao adalah atau mungkin berkaitan dengan perniagaan dan/atau operasi kumpulan”.
Syarikat itu tidak menyatakan berapa lamak Bao telah hilang.
Agensi berita perniagaan, China Caixin memetik sumber berkata, kakitangan tidak dapat menghubunginya sejak dua hari.
Berita itu turut memetik, presidene firma itu, Cong Lin telah ‘diambil’ oleh pihak berkuasa September lalu berhubung tugasnya yang sebelum ini bekerja di bank ICBC, milik kerajaan.
Sekurang-kurangnya enam jutawan telah hilang dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk tempoh tertentu selepas dilaporkan ada pertikaian dengan Parti Komunis, menurut Majalah Forbes.
Dalam beberapa kes mereka disyaki dalam penyiasatan rasuah, cukai atau salah laku lain.
Ketidakhadiran yang ketara termasuk pengasas kumpulan Fosun Guo Guangchang, yang telah dipanggil Buffet Warren of China, yang hilang selama beberapa hari pada 2015.
Ahli perniagaan China-Kanada, Xiao Jianhua turut ‘diambil’ pada 2017. Beliau pernah menjadi antara orang terkaya di China dan tahun lalu dipenjarakan kerana rasuah.
Pada penghujung tahun 2020, pengasas Alibaba Jack Ma juga hilang daripada pandangan umum selama tiga bulan, selepas membuat komen mengkritik pengawal selia pasaran.
Beliau yang sepatutnya menyenaraikan secara terbuka firma pembayaran digitalnya, Ant Financial – yang kemungkinan besar akan menjadikannya orang terkaya di China.
Bao dilihat sebagai raksasa dalam industri teknologi China, setelah melaksanakan banyak perdagangan yang telah membentuk ekonomi pengguna dalam taliannya.
Beliau mengasaskan China Renaissance pada tahun 2005 selepas mengutip pengalaman di Morgan Stanley dan Credit Suisse. – Agensi