PUTRAJAYA – Mana-mana parti yang menjadikan agama sebagai tunggangan mereka tidak akan mendapat keredaan Allah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia telah terbukti apabila terdapat parti yang memenangi banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu tapi gagal membentuk kerajaan.
Jelasnya, perkara itu berbeza dengan UMNO yang mempunyai jumlah kerusi yang sedikit tetapi menjadi sebahagian daripada kerajaan di Putrajaya.
“Kalau siasah jadi matlamat dan Islam jadi tunggangan biarpun kerusi yang diperoleh banyak tetapi tidak jadi kerajaan kerana tidak ada reda daripada Allah.
“Biarpun sedikit tapi kita (UMNO) jadi kerajaan maka gunakan kedudukan itu bukan untuk menzalimi sesiapa sebaliknya kita mahu menjaga Islam dengan benar.
“Kita (UMNO) tidak pernah menyalahgunakan ayat Al-Quran, ijmak ulama untuk kepentingan politik yang sangat sempit. Kalau kita berniat memperkuatkan agama kalau kita menjaga Allah, dia pasti menjaga kita,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Liqa’ Perdana Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamah bersama Timbalan Perdana Menteri, di Sri Satria, malam tadi.
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak memperincikan secara jelas parti mana yang dimaksudkan.
Beliau mendakwa, sebelum ini UMNO pernah dicabar oleh seorang pemimpin politik sehingga sanggup membubarkan partinya jika UMNO menukar perlembagaan parti dengan meletakkan Islam di hadapan.
Bagaimanapun, selepas berbuat demikian UMNO tetap dilabelnya sebagai jahil.
“Apabila saya diberikan kesempatan untuk memimpin sebuah organisasi politik dan saya pernah dicabar jika parti saya menukarkan pelembagaanya kepada perlembagaan Islam maka parti yang bersaing itu akan dibubarkan, itu fatwa daripada Allayarham,” katanya tanpa menyebut siapa individu berkenaan.
Dalam acara sama, Ahmad Zahid turut menasihatkan agar ulama yang terjun dalam politik agar tidak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta hadis mengikut selera masing-masing,
Katanya, terdapat ulama yang menggunakan istilah-istilah tertentu bagi mensucikan niat tertentu.
“Apabila ulama jadi ulama politik, maka ayat Quran, hadis dan makna yang sama tetapi ditafsir berbeza mengikut selera.
“Mana mungkin sesuatu yang di luar daripada norma sebagai sedekah kerana nak justifikasi apa yang dilakukan itu benar, sedangkan ia amat nyata kesesatannya” katanya.
Biarpun tidak menyebut nama mana-mana pihak, ucapan Ahmad Zahid itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sedekah.
Menurut Presiden Pas itu, pemberian tersebut adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan. – MalaysiaGazette
individu2 NUNAFIKUN SERTA KAKI RASUAH tidak dapat redha ALLAH malah disumbat NERAKA PALING BAWAH….INGATAN UNTUK ZAHID ANWAR RAFIZI ASYRAF WAJDI AHMAD MASLAN serta sekutunya…
jari telunjuk ke depan jari lain ke arah diri sendiri