Ahli Parlimen Perikatan Nasional melakukan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Turkiye di Malaysia, TYT Emir Salim Yuksel (dua dari kanan).

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengetuai misi bantuan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN)  ke Turkiye  untuk membantu mangsa gempa bumi di negara itu pada 2 hingga 7 Mac ini.

Ia sempena kunjungan hormat Ahli Parlimen parti gabungan itu ke atas Duta Besar Turkiye di Malaysia, Emir Salim Yuksel.

Dalam pertemuan itu, PN turut memberikan sumbangan peribadi terkumpul sebanyak RM60,000 melalui wakil Kedutaan Turkiye di Malaysia.

Pertemuan ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Tanah Meraah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz(Ahli Parlimen Tanah Merah) yang juga Ketua Kluster Pertahanan,

Sementara itu, PASRelief yang diwakili oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Mat Nawi yang merupakan merupakan ahli jawatankuasa pertubuhan itu juga menyumbang sebanyak RM10,000 sebagai bantuan awal

PASRelief merupakan salah satu entiti Pusat Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa parti itu yang akan bertindak sebagai Pusat Koordinasi Bantuan Bencana untuk menerima segala bentuk sumbangan dan bantuan bagi menjayakan misi tersebut.

“Semua Ahli Parlimen PN turut merakamkan ucapan takziah dan juga menyatakan solidariti atas asas kemanusiaan dan sesama umat Islam kepada rakyat Turkiye,” kata PASRelief dalam satu kenyataan di sini.

Mereka yang ingin membantu boleh boleh menghulurkan sumbangan melalui akaunMaybank Islamic : PASRELIEF : 5640-7061-2333 atau melalui https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-turkiye-pasrelief. – MalaysiaGazette