PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan dengan penguasaan dua pertiga kerusi dalam Dewan Rakyat oleh Kerajaan Perpaduan.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa dengan majoriti dua pertiga itu akan ada pihak mengambil peluang untuk mengubah kawasan sempadan pilihan raya bagi mengurangkan pengaruh Melayu.
“Saya khuatir dengan kedudukan ini (dua pertiga) mana mereka akan tukar kawasan pilihan raya menjadikan orang Melayu terpencil dan terkurang (kawasan Parlimen).
“Orang lain lebih berpeluang untuk mempengaruhi kerajaan,” dakwa beliau dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sejauh mana UMNO memperjuangkan nasib kaum Melayu yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.
Menjawab pertanyaan itu, Mahathir berkata, beliau pelik dengan masyarakat Melayu yang masih memberikan kepercayaan kepada UMNO yang didakwanya terang-terangan terlibat dalam rasuah.
“Mereka (Kerajaan Perpaduan) sebenarnya tak layak jadi kerajaan, tetapi kerana kepentingan orang tertentu mereka terima penjenayah yang dituduh sebagai ahli mereka, kononnya nak dapat cukup bilang,” ujar Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette
Mahathir ni dah lemah ingatan dan lupa diri perbuatan zalim yang dimulakan demi kuasanya yang merosakkan Eco tunjang ASAS TANAH MELAYU dahulu. Mahathir weii.. sejarah fakta ada dibukukan untuk academic, jika kau menyangkal Sila tulis satu satu SEMPADAN Parliament yang kau ubah!!!
Kau boleh buat kenapa dengki dengan orang lain nak buat ???
Semuga kau dipanjangkan usia melihat terus KEROSAKAN yang kau mulakan. Aq doakan kau gunakanlah sisa-sisa yang tidak diketahui ini untuk bertaubat dan semuga hati kau tidak bertambah busuk.