ACFTA
Bangunan MITI

KUALA LUMPUR – Penyertaan Malaysia di bawah Rundingan Menaik Taraf Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean -China (ACFTA) amat penting untuk meningkatkan kerjasama dan usaha untuk menjadikan ACFTA inklusif, terkini dan komprehensif.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, penambahan empat sektor baharu iaitu Ekonomi Digital; Perdagangan dan Pembangunan Mampan/Ekonomi Hijau; Persaingan dan Perlindungan Pengguna; dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana saling menguntungkan semua pihak.

Malah, katanya, ia juga menggambarkan kepentingan untuk mengekalkan persekitaran perdagangan yang kukuh, terbuka, dan telus supaya dapat mempermudahkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini.

“Malaysia amat menyokong Rundingan Menaik Taraf Perjanjian ACFTA ini yang telah berkuat kuasa sejak Januari 2010 yang bukan sahaja tepat pada masanya tetapi juga merupakan asas penting bagi memperkukuh dan menambah baik kerjasama dan hubungan ekonomi antara ASEAN dan China,” kata kementerian itu dalam kenyataan media, hari ini.

MITI menambah, China merupakan rakan dagang yang terbesar bagi Malaysia dan negara-negara ASEAN dan Malaysia amat komited untuk mengekalkan hubungan ekonomi yang kukuh dengan negara China.

Dalam hal ini, MITI memberitahu, Malaysia yakin bahawa rundingan menaik taraf ACFTA akan memperkukuhkan lagi kerjasasama sedia ada yang rapat di peringkat dua hala dan serantau.

“Rundingan menaik taraf ini dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh dua tahun,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast