lorong motosikal
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menyediakan lorong khas untuk motosikal di semua jenis jalan termasuk di lebuh raya untuk keselamatan penunggang motosikal.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, kemalangan berlaku antaranya kerana pergeselan dengan kereta apabila motosikal mencelah.

Menurut beliau, lorong motosikal boleh dibuat secara berperingkat dan dimulakan dengan projek rintis.

“Di setengah bandar besar di Eropah, lorong khas basikal disediakan malah kereta perlu memberi laluan utama kepada basikal yang melintas.

“Selamatkan nyawa rakyat kita,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette