Pihak forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian sarjan menembak dirinya di pekarangan belakang Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

BAYAN LEPAS – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas dipercayai menembak diri sendiri di pekarangan belakang Balai Polis Bayan Lepas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian itu disedari anggota balai berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

“Mangsa berusia 51 tahun itu bertugas di balai polis sama dan dia ditemui dengan tiga kesan tembakan.

Pistol yang ditemui bersama anggota terbabit.

“Kesan tembakan ditemui pada leher, dada serta kepala anggota terbabit.

“Selain itu, polis turut menemui sepucuk pistol bersama anggota berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Kamarul, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

“Sehubungan itu, polis  menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” kata beliau. 

Difahamkan, si mati mempunyai masalah keluarga dan kesihatan.

Mayat anggota terbabit dihantar ke Hopsital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat dijangka berlangsung esok pagi.

Difahamkan, anggota yang berasal dari Sarawak itu telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hampir 32 tahun dan meninggalkan seorang balu serta tiga orang anak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Mustahil seseorang dapat menembak diri sendiri pada tiga tempat yang boleh mendatangkan maut segera. Adakah artikel ini salah atau pembaca diperbodoh?

  2. kalau bunuh diri satu das tembakan shj dah mencukupi..haha agak2 la nak kelentong pun..ade konspirasi dalaman lah ni..hadoiii

Comments are closed.