Seramai 63 imigran PATI Indonesia telah disenaraihitam masuk Malaysia yang cuba diseludup masuk ke Kuala Lumpur menerusi pintu udara di Sarawak oleh sindiket didalangi warga Indonesia dan dibantu pegawai Imigresen Malaysia berjaya dilumpuhkan dalam operasi khas 17 Februari lalu. Ihsan JIM Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sarawak berjaya dibongkar dan ditumpaskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kejayaan itu hasil operasi tergempar di Bintulu pada 17 FebruariĀ  lalu oleh sepasukan pegawainya.

Operasi yang dikenaliĀ  Ops Kenyalang itu dilaksanakan setelah risikan hampir tiga bulan di sebuah kediaman di bandar Bintulu.

Seramai 63 imigran PATI Indonesia telah disenaraihitam masuk Malaysia yang cuba diseludup masuk ke Kuala Lumpur menerusi pintu udara di Sarawak oleh sindiket didalangi warga Indonesia dan dibantu pegawai Imigresen Malaysia berjaya dilumpuhkan dalam operasi khas 17 Februari lalu. Ihsan JIM Putrajaya.

“Dalam operasi berkenaan, kami menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 38 tahun yang dipercayai ketua kepada sindiket penyeludipan migran itu.

“Lelaki berkenaan telah ditahan ketika sedang sibuk menguruskan warga asing ini di rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan operasi juga telah berjaya menahan seramai 63 orang warga Indonesia berusia di antara 22 hingga 52 tahun yang terdiri daripada 37 lelaki dan 26 wanita.

“Seramai 30 orang daripadanya telah diberkas ditahan di rumah transit ketua sindiket tersebut selain turut dirampas wang tunai berjumlah RM25,000 dan tiga juta rupiah Indonesia,” katanya.

Hasil semakan mendapati kesemua yang ditahan merupakan orang yang telah disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresn daripada memasuki Malaysia sebelum ini dan menerusi pemeriksaan mereka mempunyai tiket penerbangan untuk memasuki Kuala Lumpur.

Sementara itu, katanya, seramai 33 orang migran lagi telah ditahan di dalam sebuah bas ekspres di sekitar bandar Bintulu itu.

Seramai 63 imigran PATI Indonesia telah disenaraihitam masuk Malaysia yang cuba diseludup masuk ke Kuala Lumpur menerusi pintu udara di Sarawak oleh sindiket didalangi warga Indonesia dan dibantu pegawai Imigresen Malaysia berjaya dilumpuhkan dalam operasi khas 17 Februari lalu. Ihsan JIM Putrajaya.

“Pemeriksaan ini dilakukan terhada dua buah bas yang disyaki membawa warga asing ini berdasarkan maklumat yang diterima. Dalam operasi yang sama pasukan telah menahan seramai empat orang pegawai Imigresen yang disyaki bersubahat dengan sindiket berkenaan dalam kegiatan yang melanggar undang-undang tersebut.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan mengatur pergerakan masuk warga asing yang telah disenaraihitamkan dengan dibantu oleh pegawai Imigresen di Sarawak yang mana sindiket akan menguruskan seramai 30 hingga 40 orang bagi setiap kali kemasukan.

“Manakala pegawai Imigresen ini pula akan menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing berkenaan bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasinya,” ujarnya.

Tegas Khairul Dzaimee lagi, warga asing yang telah mendapat cap keselamatan seterusnya akan dibawa ke rumah-rumah transit yang telah ditetapkan sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan juga Lapangan Terbang Bintulu yang kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Semenanjung melalui laluan domestik.

Berdasarkan maklumat awal, sindiket terbabit telah beroperasi selama hampir lapan bulan yang lalu iaitu apabila pintu sempadan negara dibuka.

“Siasatan lanjut juga mendapati warga asing yang hendak masuk ke Malaysia dikenakan bayaran sekitar antara RM5,000 ke RM6,000 seorang kepada sindiket tersebut yang dipercayai mengaut keuntungan lumayan sekitar RM80,000 sebulan.

Seramai 63 imigran PATI Indonesia telah disenaraihitam masuk Malaysia yang cuba diseludup masuk ke Kuala Lumpur menerusi pintu udara di Sarawak oleh sindiket didalangi warga Indonesia dan dibantu pegawai Imigresen Malaysia berjaya dilumpuhkan dalam operasi khas 17 Februari lalu. Ihsan JIM Putrajaya.

“Kesemua warganegara asing ini ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia secara tidak sah sementara empat pegawai imigresen dan ketua sindiket yang ditahan itu pula sedang disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

“Jabatan Imigresen akan terus memburu sindiket yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka yang didapati melanggar kesalahan di bawah Akta yang berkaitan, ” kata Khairul Dzaimee. – MalaysiaGazette