Pengerusi Perikatan Nasional dan juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto FAREEZ FADZIL, 02 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa.

Sumber SPRM berkata, dalam siasatan pihaknya, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu adalah suspek ketika beliau dipanggil memberi keterangan di SPRM.

Menurut sumber, selaku suspek, Muhyiddin tidak sepatutnya memberi ulasan berunsur spekulasi kerana perkara itu boleh mengganggu siasatan.

Siasatan juga sedang dijalankan terhadap beberapa individu termasuk bekas Menteri Kewangan.

Sumber berkata kepada Berita Harian, bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Semalam, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), memaklumkan SPRM memanggil beliau untuk memberi kenyataan, bukan sebagai suspek dalam projek Jana Wibawa.

Menurutnya, beliau memberikan kerjasama yang baik ketika memberi kenyataan dan SPRM juga menjalankan tugas mereka dengan baik.

Begitu pun, beliau menegaskan, pasukan peguamnya sedang meneliti tindakan undang-undang terhadap beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Muhyiddin dilaporkan berkata, keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih bawah projek berkenaan, yang didakwa pihak tertentu bahawa berkemungkinan wujud tatacara perolehan tidak mengikut peraturan ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Muhyidin kata tak tau? Tak kenal? Haaaa…pembohong besar ni..salah satu syarikat yg diberikan kontrak runding terus ialah Naza Group. Muhyidin tak kena Naza? Bukan kah Naza bagi sumbangan kpd Muhyidin sebelum tu? Tak kan tak kenal kot…haaa

Comments are closed.