Erik Ten Hag. Foto BBC Sport.
LONDON – Erik Ten Hag sekali lagi menegaskan bahawa dirinya dan Manchester tidak akan memikirkan mengenai peluang mereka untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pengendali kelahiran Belanda itu berkata, tumpuan utama United ketika ini adalah memenangi perlawanan bertemu Barcelona untuk memastikan tiket ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.
“Kami tidak memikirkan tentang peluang memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini. Perkara pertama yang kami fikirkan sekarang ialah perlawanan pada Khamis di mana akan menjadi malam yang besar untuk kami.
“Kami perlu bekerja dengan baik untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam perlawanan itu. Kami perlu menghadapi lawan yang hebat dengan sokongan hebat daripada penyokong.
“Kami perlu menjadikan Old Trafford sebagai kubu dan itulah yang kami fikirkan pada masa ini Jadi kami harus memastikan rancangan permainan kami dengan betul dan kemudian kami perlu mengikut peraturan dan prinsip permainan kami,” katanya kepada media selepas United membenam Leicester City 3-0 di gelanggang sendiri awal pagi tadi. – MalaysiaGazette