KUALA LUMPUR – Pendaftaran bagi calon yang menawarkan diri bertanding merebut beberapa jawatan dalam pemilihan UMNO 2023 berjalan lancar sejak dibuka 13 Februari lalu.
Proses penerimaan borang pencalonan di Auditorium Menara Dato’ Onn yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Menurut Urusetia UMNO Malaysia, dua tempat dibuka untuk proses penyerahan dan penerima borang pencalonan, iaitu Auditorium Menara Dato’ Onn bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Exco Wanita, Pemuda dan Puteri.
Manakala pemilihan jawatan peringkat Bahagian, Exco Wanita, Pemuda, Puteri Bahagian, pendaftaran dibuka di Pejabat UMNO Bahagian atau Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.
Sehingga kini pendaftaran masih dibuka dengan calon atau wakil calon perlu mengikuti beberapa prosedur ditetapkan seperti hadir ke kaunter pendaftaran, semakan dan seterusnya ke kaunter penyerahan borang.
Dijangka barisan calon yang bakal bertanding lebih ramai tampil menghantar borang pada pemilihan kali ini.
Sehingga minggu lalu, sebanyak 70 borang pencalonan telah diterima bagi jawatan di peringkat pusat.
Namun, bilangan calon yang akan mendaftarkan dijangka bertambah sehingga tarikh tutup.
Calon yang hendak mendaftar bagi Pemilihan UMNO 2023 ini boleh memuat turun borang di laman sesawang www.umno-online.my. – MalaysiaGazette