UMNO rakyat
Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – UMNO mesti disokong oleh rakyat sekiranya parti itu mahu kekal relevan dalam dunia politik tanah air.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, parti tersebut tidak boleh hanya disokong dan popular dalam kalangan ahlinya sahaja.

Menurut beliau, rakyat yang menentukan masa depan UMNO justeru parti itu mesti bersama rakyat.

“Berjuang dan membela kepentingan rakyat. Maknanya, UMNO mesti utamakan rakyat bila berjuang.

“Percayalah. Jika UMNO bersama rakyat, pasti rakyat akan bersama UMNO,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. – MalaysiaGazette