xco Pergerakkan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin serah borang pencalonan.

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan parti itu.

Beliau telah menyerahkan borang pencalonan itu di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Auditorium UMNO, di Menara Dato’ Onn, semalam sekitar jam 4.40 petang.

“Dengan izin Allah jua, dengan restu ibu dan ayah serta dokongan semua, saya akan mewakafkan masa dan tenaga saya untuk wadah UMNO ini.

“Semoganya, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi sayap yang teguh setia berjuang demi parti keramat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam situasi UMNO sekarang, Farhan berkata, cabaran terbesar buat seorang nakhoda adalah untk membawa bahteranya berlayar dengan selamat ke destinasi.

“Untuk itu jua, setiap keputusan yang diambil oleh seorang pemimpin, perlulah tepat dan mempunyai matlamat yang bermanfaat untuk organisasi dan orang-orang di dalamnya,” ujarnya.

Exco Pergerakkan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin

Tambah farhan, beliau mengambil keputusan untuk bertanding atas dasar menyedari pentingnya Pemuda UMNO dibawa dengan hala tuju yang tepat dan segar.

Selain Farhan, beberapa nama turut bertanding jawatan itu antaranya, anak bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Shah dan anak Ahli Parlimen Tanah Merah daripada Perikatan Nasional, Ikmal Hazlan Ikhmal Hisham. – MalaysaiGazette