Kawangan ketiga Klinik Idealyst kini dibuka di Bukit Jelutong, Selangor.

KUALA LUMPUR – Klinik perubatan estetik, Klinik Idealyst membuka cawangan ketiga di Bukit Jelutong, Selangor dalam usaha mengembangkan sayap perniagaannya di Lembah Klang.

Pemiliknya, Dr Aidil Azry Mokhtar berkata, kawasan itu dipilih kerana ia lokasi yang strategik memandangkan servis perkhidmatan estetik di kejiranan itu amat terhad yang melibatkan Denai Alam dan Elmina.

Beliau berkata, Bukit Jelutong juga berdekatan dengan Shah Alam yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi namun kekurangan klinik estetik  bertauliah.

“Saya mahu membuka minda bahawa rawatan di klinik estetik adalah mampu milik untuk semua golongan. Malah kami menyediakan rawatan mengikut pakej rawatan asas dan premium mengikut bajet pelanggan.

“Malah bagi yang ingin mengurangkan beban membayar rawatan yang mahal, kami sedia membantu dengan memperkenalkan bayaran secara ansuran selama 36 bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Klinik Idealyst beroperasi di KL Trillion, Jalan Tun Razak dan Damansara Perdana.

Klinik Idealyst menyediakan rawatan mengikut pakej rawatan asas dan premium mengikut bajet pelanggan.

Aidil Azry menambah, Klinik Idealyst menyasarkan dapat memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada 5,000 pelanggan sepanjang tahun ini.

Malah pihaknya turut merancangan melebarkan sayap ke utara dan selatan tanahair termasuk melangkau ke Sabah, Sarawak dan Brunei pada masa akan datang.

Sementara itu, antara rawatan popular yang ditawarkan di Klinik Idealyst adalah rawatan rambut gugur, pelangsing, badan rawatan muka dan antipenuaan, rawatan bawah mata selain terbaharu rawatan merangsang hormon lelaki. – MalaysiaGazette