Lampu limpah Stadium Perak dicuri. - Gambar media sosial

IPOH – Tiada unsur sabotaj berhubung kehilangan komponen sistem lampu limpah di Stadium Perak setakat ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan siasatan kita, tidak wujud unsur sabotaj dalam kes ini.

“Selain itu, kita juga telah rakam percakapan beberapa saksi termasuk menghantar beberapa sampel barang kes bagi analisa oleh Jabatan Kimia.

Polis menghantar beberapa sampel untuk dianalisa Jabatan Kimia.

“Malah polis turut melakukan pemeriksaan ke atas premis barangan lusuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media tempatan melaporkan, insiden pecah masuk serta kecurian komponen lampu limpah di Stadium Perak pada 14 Februari lalu mengakibatkan kerugian berjumlah RM135,000.

Bagaimanapun, dawai lampu limpah yang dicuri itu didakwa tiada harga sekali gus mencetus motif kejadian termasuk timbul dakwaan insiden itu bertujuan untuk sabotaj Perak FC.

Kejadian turut memaksa kawalan keselamatan di stadium itu kini diperketatkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast