Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen didakwa berada dalam keadaan ketakutan kerana tindakan saman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bangun membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Shahidan, tindakan Perdana Menteri itu kini menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Berhubung dengan fear factor, ketakutan oleh kerana ramai ahli politik yang disaman.

“Ahli-ahli Parlimen tadi menyatakan ketakutan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Madani berhubung saman kepada ahli-ahli politik,” kata Shahidan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul kemudiannya bertanya sama ada Ahli Parlimen Arau tersebut sudah menghantar usul berkaitan isu itu kepadanya untuk dibahaskan di Parlimen.

Johari meminta Shahidan untuk menulis usul terlebih dahulu sebelum membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat.

“Yang itu YB dah masuk usul? Tak aci lah. Tulis dulu beri pada saya. Tak apa, tak apa, tulis dulu,” kata Johari.

Media semalam melaporkan, Anwar telah mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Ia berhubung kenyataan yang menuduh perdana menteri berdendam lebih teruk daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengamalkan pendakwaan berpilih.

Dakwaan Awang itu terkait dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM6.9 juta dihadapi Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kelmarin.

Selain Awang, Anwar telah memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Disember lalu.

Ahmad Amzad didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Sebelum itu dilaporkan Anwar turut mengambil tindakan sama terhadap Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas beliau menuduh Anwar menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Anwar turut menyaman Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta menyokong ideologi komunis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. saya ulang saya ulang sepatutnya PM tidak BOLEH PEGANG PORFLIO MENTERI KEWANGAN….akhirnya saya teruskan MUNAFIK saya….tahniah yang menerima keMUNAFIKAN saya

    akta bagi GOLONGAN MUNAFIKUN wajib WUJUD untuk RAKYAT SAMAN….golongan MURTAD dan MUNAFIK ZAMAN SAHABAT2 dan KHALIFAH….hukumnya MEREKA diBUNUH

  2. PM tak ambik gaji tp blh saman org sana sini, peguam free ke, mana dia cr duit byr peguam atau peguam cr duit klu menang bayar klu kalah tak byr….

  3. Yeap..patutnya ahli parlimen PN dibenarkan menjaja fitnah dgn sewenang2nya tanpa rasa takut…ehhh kalau bukan fitnah kenapa nak takut yer?

  4. Kebebasan bersuara tidak menghalalkan fitnah sewenangnya berlaku. Kalau kenyataan atau tuduhan itu bukan fitnah, individu itu tidak perlu takut. Berani kerana benar.

Comments are closed.