Mohd. Kamal Hassan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga bekas rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia pada awal pagi ini.

Perdana Menteri berkata, Allahyarham merupakan tokoh pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan dan tentunya kehilangan ini meninggalkan bekas yang mendalam kepada sanubari umat.

“Terima perkhabaran duka mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi,” katanya sambil menambah semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.