Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berucap pada Majlis Makan Malam Kasih Sayang MAYC di The Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Foto MUHD NA’IM, 24 FEBRUARI 2023.

PETALING JAYA – Golongan belia dalam negara perlu bijak berdiplomasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pentadbiran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun kena menyesuaikan diri, mereka masih boleh mempertahankan hak masing-masing.

“Belia perlu bijak dalam berdiplomasi, ini kelebihan dan teruskan sebagai belia mesti bijaksana sesuaikan dengan perubahan tapi pastikan idealisme dan prinsip perjuangan jangan diubah,” katanya dalam ucapannya yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah ketika Majlis Makan Malam Kasi Sayang Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)  Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Kali Ke-61 di sini malam ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Sementara itu, Ahmad Zahid berharap agar MAYC seiring dengan kerajaan agar dapat meneruskan kerjasama dalam menggembeleng pendapat golongan belia.

“Yang  penting apa yang kita lakukan beri manfaat kepada anak muda. Kerajaan menyedari pentingnya kepada tumpuan untuk memastikan perhatian kepada generasi muda dalam negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada MAYC. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.