Mun Chol Myong extradition money laundering Malaysia USA United States America fires short range missile missiles Mun Chol Myong The North Korean flag is at the at the North Korea Embassy in Kuala Lumpur. FILE PIX: SAFWAN MANSOR / MalaysiaGazette / 05 MARCH2017 sever diplomatic ties Malaysia North Korea extradition to the United States of America USA Bendera kebangsaan Korea Utara dilihat berkibar di Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 MAC 2017
Gambar hiasan

SEOUL – Korea Utara membedil empat peluru berpandu jelajah strategik semasa latihan untuk menunjukkan keupayaannya melakukan serangan balas nuklear terhadap pasukan musuh, menurut laporan KCNA.

Latihan pada hari Khamis melibatkan unit peluru berpandu jelajah strategik yang menembak empat peluru berpandu Hwasal-2 di kawasan Bandar Kim Chaek, wilayah utara Hamgyong ke arah laut di luar pantai timur Semenanjung Korea.

Lapornya, empat peluru berpandu jelajah strategik itu berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan selepas mengembara sepanjang 2,000 km selama 10,208 saat hingga 10,224 saat.

Latihan itu menunjukkan “postur perang pasukan tempur nuklear Korea Utara dalam setiap cara keupayaan serangan balas nuklear yang mematikan terhadap pasukan musuh”, lapor media rasmi Korea Utara.

Namun, ujian peluru berpandu itu tidak diumumkan oleh Korea Selatan atau Jepun, yang sering mengesan pelancaran Korea Utara.

Pasukan kerjasama Amerika Syarikat dan Korea Selatan kini sedang mengambil bahagian dalam latihan meja, atau simulasi, yang memberi tumpuan kepada kemungkinan mendorong Korea Utara menggunakan senjata nuklear, kata Pentagon. – Agensi