Idris Jusoh

KUALA LUMPUR – Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.

Pengerusi Felda Tan Sri Idris Jusoh berkata setelah menyelesaikan sebahagian hutang daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM12.1 bilion, Felda tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang kali kedua.

“Bayaran kembali baki pinjaman kini akan diteruskan seperti perjanjian pelupusan hutang tersebut demi menjamin kelangsungan organisasi dan membolehkan Felda terus menjaga kebajikan warga peneroka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan, melalui Felda, tetap komited untuk membantu peneroka dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan pendapatan peneroka serta memastikan hutang mereka tidak terus meningkat.

“Komitmen ini terbukti apabila pada 2022, purata produktiviti ladang peneroka meningkat sehingga 19.43 tan perhektar setahun berbanding 17.29 tan perhektar setahun mewakili peningkatan lebih 12 peratus.

“Ini sekali gus akan dapat memberikan pulangan pendapatan yang lebih tinggi kepada warga peneroka Felda,” katanya.

Idris berkata pelupusan hutang peneroka Felda tidak pernah dibatalkan oleh mana-mana kerajaan termasuk Kerajaan Perpaduan dan semua peneroka yang menandatangani perjanjian itu telah menikmati manfaat dengan bayaran kembali pinjaman yang jauh lebih rendah dan mampu dibayar.

Beliau merujuk kepada laporan media yang merupakan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) kepada pertanyaan lisan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau).- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. mana adanya hutang peneroka dihapus kan . ini semua bohong politik belaka. aku tengok sleep peneroka sama saja dari dulu sampai sekarang . potongan terus dibuat seperti biasa juga . kalau kerajaan bagi bantuan kepada felda satu sen pun tak sampai kepada peneroka . dulu berbilion bantuan untok felda . hasil peneroka tetap juga dipotong . dulu potongan felda dari peneroka untok felda sahaja sekarang potongan sudah berganda . satu untok felda satu lagi untok plantation . kalau dulu 500 sekarang dah jadi 1000 . itu tak termasuk lagi potonga lain . baja racun jalan ladang merumput dan banyak lagi yang mencecah hampit 2000 sebulan . kalau peneroka dapat hasil 2000 tak ada satu sen pun peneroka terima . potongan utamakan pengurusan dahulu . felda sekarang hidup sebagai lintah . patut ada lah satu badan untok meneliti tadbiran felda ni jangan biarkan terus jadi lintah . dah lah menipu peneroka tak ada pun pehak ambil peduli . audit lah kemana wang felda digunakan . kalau dulu tiap akhir tahun peneroka dibayar wang lebihan untok belanja sekolah tapi sekarang plantation mengurus segalanya . duit lebihan tiada lagi . satu pejabat dua pengurus inilah sistem gila yang ada dalam felda . peneroka dipaksa bayar gaji gila ini . HARAP ADA YANG AMBIL PERHATIAN UNTOK BELA PENEROKA FELDA YANG JADI ALAT ORANG GILA ……..

Comments are closed.