Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi diskaun bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) sebanyak 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberi penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.

Katanya, permohonan penangguhan itu boleh dibuat mulai 1 Mac ini.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen, hari ini. – MalaysiaGazette