Oh Tong Keong.

GEORGE TOWN – Timbalan Pengerusi Parti Gerakan, Oh Tong Keong mempertikaikan sikap berdiam diri pemimpin DAP negeri ini meskipun peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang menerusi Belanjawan 2023 sangat sedikit.

Tong Keong berkata, ia susulan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan bekas ketua menteri, Lim Guan Eng sebelum ini sering menyerang kerajaan sebelum ini kerana mengabaikan rakyat Pulau Pinang.

“Mereka (pemimpin DAP) suka mengkritik Kerajaan Pusat sebelum ini kononya mengenakan ‘hukuman’ ke atas Pulau Pinang.

“Sekarang, saya ingin bertanya kepada pemimpin DAP, adakah Presiden PH dari Pulau Pinang iaitu Anwar yang juga Perdana Menteri telah memperlakukan negeri Pulau Pinang dengan baik? Jawapannya jelas sudah ada.

“Mengapa pemimpin DAP masih berdiam diri dan tidak berani berkata-kata? Guan Eng dan Kon Yeow di mana keberanian anda?’ soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tong Keong menegaskan, belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengecewakan rakyat Pulau Pinang kerana telah melupakan janji-janji peruntukan untuk rakyat.

“Masalah pengangkutan paling serius dihadapi rakyat Pulau Pinang tepati dalam pembentangan bajet semalam perdana menteri tidak mempunyai sebarang rancangan untuk meningkatkan dan memperbaiki pengangkutan awam di negeri ini.

“Sebaliknya, satu saja rancangan pembangunan yang diterima oleh Negeri Pulau Pinang hanyalah pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Jangan lupa Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang memberikan sumbangan cukai yang terbesar kepada negara,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Biasalah.. dh nk PRK.. kene tunjuk sedikit garang baru boleh gerak.. kalu tak.. takkan bergerak2.. PRU 15 dh kene gerak ke gaung.. itu la Gerakan yg bakal juga kene gerak ke gaung yang sama nanti.

Comments are closed.