tuala wanita
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara daripada parti Perikatan Nasional (PN) hari ini ini berkumpul bagi membincangkan mengenai Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, perbincangan melibatkan bersama penganalisa dan ahli ekonomi.

“Hari ini hingga tengah malam semua Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara Perikatan Nasional berkumpul untuk ‘membedah’ Bajet 2023.

“Saya amat gembira dengan budaya ilmu yang diterapkan dalam Perikatan Nasional,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Wan Saiful berkata, usaha tersebut akan membolehkan Ahli-ahli Parlimen PN menjalankan amanah di Parlimen bersandarkan data dan penghujahan yang kemas.

“Kita tidak beretorik dengan bahasa sastera berbunga-bunga tapi, isinya tiada.

“Sebaliknya kita pastikan pasukan kita bergerak secara tersusun untuk mencari solusi yang realistik dan praktikal untuk membantu rakyat,” ujarnya.

Jumaat lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023 Kerajaan Perpaduan.

Belanjawan 2023 Malaysia MADANI itu menarik perhatian rakyat apabila mengharapkan adanya berita gembira yang diumumkan, khususnya ketika ramai masih terbelenggu akibat kesan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast