Hazwan Hasbullah
Muhammad Hazwan Hasbullah

KUALA LUMPUR – Muhammad Hazwan Hasbullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor bagi penggal 2023-2026.

Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas melihat sokongan anak muda terhadap UMNO di setiap peringkat semakin berkurangan.

“Penyertaan saya untuk bertanding dalam barisan kepimpinan pusat Pemuda UMNO ini adalah satu langkah semak dan imbang yang sihat dalam parti.

“Saya menyedari bahawa anak muda merupakan perintis kepimpinan generasi baharu yang mampu memberi impak serta kepentingan bagi meraih kembali sokongan anak muda untuk kembali bersama UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemilihan Pemuda UMNO di peringkat bahagian dan pusat akan berlangsung pada 11 Mac ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast