ROMPIN – Lebih 11,000 penduduk Felda Selancar, di sini, terputus hubungan akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut pada pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahan Awam Pahang, Che Adam Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk terbabit.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Pahang menggunakan bot bagi menghantar petugas KKM, TNB, JKR, dan roadcare sebagai laluan alternatif untuk masuk ke Felda Selancar berikutan jalan yang terputus.

Jalan masuk ke Perwira Jaya, Selancar ditutup akibat tanah runtuh

“Ada kakitanganan TNB membawa peralatan pengujian IR Test untuk memeriksa kerosakkan kabel di Felda Selancar sebelum menghidupkan kembali bekalan elektrik yang terputus kepada penduduk di sini sekitar jam 7 malam tadi,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Che Adam menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati melalui Jambatan Sungai Pukin berikutan paras air di sungai itu yang semakin meningkat.

Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi mendapati penugasan dan pemantauan dijalankan secara berterusan di lokasi tanah runtuh oleh pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan orang awam terjaga. – MalaysiaGazette