Mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur di Chini, Pahang.

PEKAN – Pasukan bomba dan penyelamat menenemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur di Chini pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu dan Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mula dilancarkan kira-kira jam 8.30 malam pada Rabu dengan membuat pencarian di permukaan menggunakan bot gentian kaca milik penduduk.

“Operasi SAR disambung semula pagi hari ini dengan memulakan pencarian dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hanyut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya seramai dua pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan dan Peramu terlibat dalam operasi terbabit selain dibantu oleh dua ekor anjing pengesan K9 milik bomba.

Semalam Muhammad Hafizhan dilaporkan hilang dibawa arus ke anak sungai tersebut selepas disyaki tergelincir di tebing alur ladang kelapa sawit yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast