Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil sedikit masa untuk berjumpa dengan penyokongnya ketika hadir ke mahkamah pada prosiding kes rayuan akhir berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2022.

Selepas hampir lima tahun, akhirnya keadilan ditegakkan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pindaan Laporan Pengauditan akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Mahkamah Tinggi.

Semalam mahkamah itu mendapati bekas Perdana Menteri tersebut tidak memberi arahan bagi tujuan mendapatkan suapan atau merahsiakan perbuatan jenayah.

Pembebasan Najib jelas menunjukkan beliau tidak mengarahkan laporan audit itu dipinda untuk membebaskan dirinya daripada sebarang liabiliti sivil atau jenayah tetapi ia menunjukkan beliau bimbang laporan itu boleh diputar belit secara politik.

Bagi menyelamatkan 1MDB, Najib telah mengarahkan bekas Ketua Pengarah Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy untuk mempertahankan kepentingan syarikat itu dan tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk meminda laporan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan), Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya memutuskan Arul Kanda bersetuju apabila dicadangkan bahawa adalah munasabah untuk Najib, menganggap isu 1MDB sebagai kebimbangan negara kerana ia dimiliki sepenuh Kementerian Kewangan.

Hakim itu berkata, Najib berhak menerima salinan laporan audit kerana ketika itu beliau adalah Menteri Kewangan dan pihak berkepentingan bagi 1MDB.

Malah perkara itu diakui bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang serta seorang saksi pendakwaan bahawa ia adalah perkara biasa.

Mohamed Zaini, ini menjelaskan ketika sesi soal balas peguam bahawa adakah Najib mengarahkan Ambrin untuk menggugurkan atau memasukkan sesuatu dalam laporan itu, Ambrin menjawab ‘tidak’.

“Tiada bukti Ambrin telah dipaksa hadir mesyuarat atau membuat perubahan kepada laporan audit,” kata beliau sambil menambah tiada hubungan antara pindaan yang dibuat dan suapan yang didakwa.

Hakim itu menambah, pada prosiding pengurusan kes 1MDB, Arul Kanda didakwa menyembunyikan dokumen syarikat itu daripada diserahkan kepada Jabatan Audit Negara (JAN) dan bukannya kedua-dua tertuduh.

Mohamed Zaini ketika membebaskan Arul Kanda daripada pertuduhan bersubahat dengan Najib berkata, bekas CEO 1MDB itu tidak cuba melindungi penipuan yang menyelubungi syarikat tersebut dan tiada bukti dalam perbicaraan yang menyatakan beliau bersubahat atau bertanggungjawab terhadap masalah yang melanda 1MDB.

“Beliau diambil untuk menyelamatkan syarikat dan telah meninggalkan apa yang dianggap sebagai kerjaya yang hebat di luar negara.

“Umum mengetahui bahawa beliau telah difitnah secara terbuka atas urusan 1MDB, mungkin secara tidak adil kerana banyak masalah yang timbul sebelum beliau menyertainya,” katanya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy

Keputusan pada semalam secara jelas menunjukkan pindaan dalam laporan audit itu tidak akan berlaku sekiranya pengurusan 1MDB memberi kerjasama sepenuhnya.

Setakat ini tiada tindakan undang-undang diambil terhadap pengurusan 1MDB atas kegagalan pengoperasian syarikat itu sehingga menyebabkan kerugian besar kepada negara, sebaliknya hanya Najib dituduh.

Keputusan semalam sekali telah membersihkan nama bekas Perdana Menteri itu dan Arul Kanda yang tercemar selama selain membuktikan ia adalah pertuduhan bersifat politik.

Mengimbas kembali keterangan diberikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, beliau mendakwa Kabinet Pakatan Harapan (PH) sudah mendapati Najib bersalah sebelum bekas Perdana Menteri itu didakwa di mahkamah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, melalui taklimat yang diberikan Madinah pada mesyuarat pasca Kabinet pada 23 November 2018, ia dihadiri oleh pemimpin PH yang tidak mesr’ Najib, antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Mohamad Sabu.

Peguam itu berkata, Najib didakwa di mahkamah dua minggu selepas itu, pada 12 Disember, dan mencadangkan bahawa disebabkan taklimat yang disampaikan Madinah, Kabinet memutuskan Najib bersalah sebelum dia didakwa di mahkamah.

Keterangan saksi itu pada tahun lepas membuktikan Kerajaan PH ketika itu sengaja mendakwa Najib atas kesalahan meminda laporan 1MDB.

Ketika ditemui media selepas prosiding, Muhammad Shafee berkata, beliau berharap pihak pendakwaan tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan berikutan dapatan Mohamed Zaini disokong dengan bukti yang mencukupi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Dia sepatutnya digugurkan dari semua kes mahkah kerana pendakwaan politik terpilih. Dia jelas dizalimi. Orang baik dibalas baik akhirnys.

  2. Secara jujur saya katakan dengan sedia apabila Atok meceroboh institusi kehakiman di negara kita. Hakim2 dan ketua hakim mengeluarkan kenyataan mcm mereka tak sekolah. Ingatlah wahai hakim, kamu adalah antara yg akan ramai ke neraka jika kamu tidak berlaku adil.

Comments are closed.