Frenkie de Jong. Foto BBC.

LONDON – Pengurus Manchester United,  Erik ten Hag masih menaruh harapan ke atas  Frenkie de Jong sebagai sasaran utamanya untuk jendela perpindahan musim panas, lapor talkSPORT.

Ketika ini, nilai pasaran pemain tengah Barcelona itu adalah sekitar €50 juta dan pemain berusia 25 tahun itu semakin hangat untuk berpindah ke Old Trafford pada akhir musim ini.

De Jong telah menjadi salah seorang pemain yang paling dipercayai untuk Barcelona sejak tiba dari Ajax pada Julai 2019 dan pemain Belanda itu sudah pun menjadi antara pemain tengah yang berkualiti di dunia pada masa itu.

Barcelona mahu berpisah dengan De Jong akibat bergelut dengan masalah kewangan yang tidak berkesudahan namun pemain itu tetap teguh dalam keinginannya untuk kekal di Spotify Camp Nou.  

Pemain tengah Belanda itu telah bermain sebanyak 31 kali dalam semua pertandingan setakat musim ini . 

Walaupun Casemiro telah menguatkan bahagian tenga United, Red Devils memerlukan rakan kongsi kelas atas untuknya.

Ini kerana  persembahan cemerlang Christian Eriksen untuk kelab itu, pemain antarabangsa Denmark itu bukanlah penyelesaian jangka panjang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast