KETUA Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kinabatangan, Aminah Johan pada 18 Februari dengan menyebut kepimpinan Wanita UMNO hari ini dilihat tiada hala tuju walaupun sudah diberi ruang dan peluang tetapi tidak melihat ada pembelaan untuk wanita itu sendiri.
Kata beliau, kepimpinan Shahrizat adalah terbaik setakat ini, kerana beliau pernah mengangkat martabat serta membela Wanita UMNO pada suatu ketika dahulu, dan kepimpinan luar biasa beliau diharap akan memberikan hala tuju sangat baik kepada Wanita UMNO di masa akan datang
Shahrizat sendiri tidak putus-putus diwawancara oleh media massa bagi mendapatkan penjelasan mengenai sebab-sebab kenapa beliau kembali bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO serta apa perancangan yang akan dibuat oleh beliau sekiranya beliau mencapai kemenangan.
“Wanita must rise again” dalam The Star 18 Februari, ‘Sejak setahun lalu 147 ketua wanita datang pujuk saya’ dalam Berita Harian 21 Februari, ‘Serlahkan kembali tudung merah Wanita’ dalam Utusan Malaysia 24 Februari, ‘We can’t lead silently from the shadows’ dalam New Straits Times 1 Mac dan “Kembali demi Wanita UMNO kekal relevan” dalam Malaysia Kini 4 Mac adalah bukti betapa tingginya minat kepada prospek Shahrizat mengetuai kembali Wanita UMNO.
Antara perkara yang dijadikan isu ialah dakwaan bahawa Shahrizat lari dari perjuangan selepas UMNO mengalami kekalahan dalam PRU14 di mana ini jauh dari kebenaran. Sebaliknya atas dasar bertanggungjawab kepada kekalahanlah maka beliau mengundur diri bagi memberi ruang kepada muka baru untuk mengemudi Wanita UMNO tanpa sebarang gangguan.
Pada masa yang sama, ketika Shahrizat berada di luar dari tampuk kepimpinan, ia membolehkan beliau bergaul serta bercakap tanpa gentar dan takut dengan semua golongan masyarakat, dan ini memberikan perspektif baru dari luar mengenai kelemahan dan kekuatan Wanita UMNO.
Sikap hanya menjadi pemerhati dan tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Wanita UMNO setelah tidak lagi menjadi ketuanya adalah satu sikap yang terpuji. Namun begitu Shahrizat masih mendampingi NGO-NGO, pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin di luar sana.
Hasil dari penglibatan aktif beliau dalam masyarakat, termasuk mengetuai Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) yang berpengaruh, nama dan ketokohan Shahrizat terus harum, dan ini secara tidak langsung mampu menguatkan UMNO.
Shahrizat sendiri asalnya tidak berniat untuk bertanding tetapi hanya berbuat demikian selepas beliau diyakinkan bahawa jika beliau tidak mengambil-alihnya dibimbangi bahawa Wanita UMNO akan menjadi semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan wanita.
Ada rasa terdesak untuk dibuat perubahan di dalam cara kerja Wanita UMNO, untuk menjadi sumber inspirasi kepada 1.3 juta ahlinya untuk menggilap kembali semangat dan membangkitkan semula suara lantang Wanita UMNO supaya ia kekal relevan dan tidak dilupakan oleh masyarakat.
Dari sudut umur, Shahrizat sendiri menegaskan bahawa tiada guna jika kita ada pemimpin muda tetapi visi, misi dan semangatnya lemah. Mereka yang berusia sebaliknya ada pengalaman, kebijaksanaan, kesabaran dan mampu menggembleng tenaga setiap ahli dalam Wanita UMNO.
Dalam konteks ini, visi dan misi Shahrizat adalah jelas, iaitu menyediakan satu sistem dan juga ‘road map’ yang mantap untuk menentukan hala tuju Wanita UMNO, dengan agenda utama adalah untuk memberi tempat, ruang dan peluang serta menggilap potensi semua pemimpin pelapis.
Selain itu adalah untuk memperdanakan Wanita UMNO, kembali menjuarai isu negara, wanita, keluarga, ekonomi, politik dan lain-lain selaras dengan kedudukan Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti kerana kuat Wanita UMNO maka kuatlah UMNO secara keseluruhannya.
Dengan gandingan Datuk Norliza Abdul Rahim yang mempertahankan jawatan beliau sebagai Naib Ketua, Shahrizat dilihat berpeluang cerah mengemudi Wanita UMNO berbanding gandingan Noraini dan Datuk Rosni Zahari, Ketua Penerangan Wanita UMNO lantikan Noraini. – MalaysiaGazette
Nota editorial: Pandangan yang dinyatakan adalah pandangan penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan MalaysiaGazette
Abdul Aqmar Ahmad Tajudin, adalah pelajar ijazah doktor falsafah dalam bidang sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bagus laaa..bakal ketua Wanita yg kalah dlm PRU..dan Naib Ketua pun sama…Wanita UMNO jd tukang sorak je laaaa..dah mcm tak ada org lain