Kamarul Zaman menyempurnakan Majlis Bantuan Misi Pasca Banjir Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Tugas dan operasi harian polis tidak terjejas biar pun dua balai dan satu pondok polis dilaporkan terlibat dalam bencana banjir di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman berkata, kedua-dua melibatkan Balai Polis Chaah di Segamat dan Balai Polis Panchor serta Pondok Polis Lenga masing-masing di Muar.

Kesemua balai terlibat ditutup buat sementara bagi tujuan penilaian terhadap jumlah kerugian yang dialami.

“Setakat hari ini kita tutup sementara operasi di balai dan pondok tersebut memandangkan ketika ini infrastruktur Balai Polis Chaah masih banyak yang rosak dan sumber elektrik telah dipotong.

“Selan itu, Balai Polis Panchor juga kuta hentikan sementara operasinya kerana masih ditenggelami air,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Bantuan Misi Pasca Banjir Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Menurut Kamarul, Jabatan Logistik dan Teknologi sudah turun ke lokasi seperti di Balai Polis Chaah bagi tujuan membuat penilaian terhadap kerugian yang dialami.

Beliau memberitahu, seramai 150 pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor menyertai misi tersebut yang bertujuan membantu membersihkan perumahan polis dan penduduk terjejas di daerah Kluang.

Misi itu, menurutnya, akan diperluaskan ke daerah-daerah lain selepas ini secara berperingkat.

“Ini adalah antara usaha PDRM Johor dalam memastikan kelancaran sepanjang bencana dan kami sememangnya sudha bersiap sedia menghadapi semua kemungkinan.

“Bagaimanapun suka untuk diingatkan agar mangsa di Johor supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan perkara tidak diigini,” jelasnya. – MalaysiaGazette