pas cari makan penyelesaian dua negara
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan siasatan ke atas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ia berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu daripada Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang semalam.

“Ya, benar. Saya boleh sahkan di sini bahawa kami ada terima laporan polis itu ke atas Hadi Awang semalam (laporan dipindahkan dari IPD Dang Wangi).

“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penerimaan laporan polis ke atas Ahli Parlimen Marang itu yang telah dipindahkan daripada IPD Dang Wangi semalam.

Semalam, Exco Pemuda Amanah Nasional bersama Pemuda Angkatan Muda Keadilan Selangor membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa itu memanggil dan menyiasat Abdul Hadi susulan isu pengakuannya terdapat usaha pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fadhli Umar menyifatkan pengakuan Abdul Hadi itu sesuatu perkara yang wajib dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ia berisiko mengancam keamanan negara. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Pengakuan Hadi mahu jatuhkan kerajaan perlu dipandang serius – Fadhli