Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR- Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

“Beliau dijangka didakwa esok, bukan hari ini,” katanya ketika dihubungi media.

Terdahulu Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris menjangkakan bekas Perdana Menteri itu akan ditahan SPRM hari ini dan dihadapkan ke mahkamah esok.

Bagaimanapun, terdapat khabar angin yang mengatakan Muhyiddin akan didakwa pada hari ini selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Beliau tiba kira-kira 11.20 pagi tadi untuk dirakam keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

 

 

END

1 Komen

  1. Jangan lupa untuk heret Ismail Sabri dan KJ juga. Mereka pun katanya ada sakau duit juga. Penyamun Tarbus dan kuda tunggangan Yidin.

Comments are closed.