PUTRAJAYA – Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah udang-undang.
Menurut bekas perdana menteri itu, beliau bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek kerajaan.
“Kuasa melulus adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Saya sekadar melaksanakan keputusan Kabinet yang menghendaki Pejabat Perdana Menteri memanjangkan permohonan projek untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan mengikut syarat dan peraturan yang berkuatkuasa.
“Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam sidang media di perkarangan SPRM di sini malam ini.
Beliau keluar dari perkarangan SPRM selepas lebih tujuh jam ditahan badan berkenaan.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau akan dituduh dengan tujuh pertuduhan oleh SPRM.
Ketujuh-tujuh pertuduhan itu berdasarkan kepada kes projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
“Tujuannya adalah untuk memalukaan saya dengan mengheret saya ke mahkamah esok.
“Pendakwaan terpilih ke atas saya ini adalah satu tindakan politik berniat jahat yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional semata-mata untuk melumpuhkan dan menghancurkan Bersatu dan Perikatan Nasional,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Sudah laaa penyamun…time rakyat susah waktu Covid ko merompak yer…musibat betul