Dr. Muhamad Akmal Saleh.- foto HAZROL ZAINAL, 05 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh dilaporkan mendahului tiga pencabar lain dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka itu mendahului dengan undi dari 32 bahagian UMNO berdasarkan keputusan diterima setakat pukul 2.30 petang tadi.

Menurut Berita Harian, sumber UMNO memaklumkan, bahagian yang memberikan undi kepada Muhammad Akmal termasuk Permatang Pauh, Bangi, Kota Melaka, Penampang, Bukit Mertajam, Beruas, Sri Gading, Labuan, Bakri, Kulim Bandar Baharu, Bukit Bendera, Parit Sulong, Putatan, Pasir Puteh, Sungai Besar, Batu Gajah, Sik dan Jelebu.

Turut memberikan undi adalah UMNO Bahagian Muar, Teluk Intan, Beluran, Kangar, Kulai, Merbok, Pokok Sena, Kota Bharu, Kuala Krai, Segambut, Seputeh, Bachok, Jelebu dan Gerik.

Selain Muhamad Akmal turut bertanding jawatan berkenaan adalah Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah yang dilaporkan setakat ini hanya memperoleh sokongan daripada satu bahagian iaitu Batu Kawan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah juga mendapat sokongan dari satu bahagian setakat ini iaitu Tawau.

Seorang lagi calon iaitu Meor Hassan Mat Ali belum mendapat sebarang undi.

Hari ini, perwakilan tiga sayap UMNO di 189 bahagian akan memilih pemimpin masing-masing.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast