Lim Guan Eng.-Foto AFFAN FAUZI, 05 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Engn menuntut bekas Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin meminta maaf  berhubung isu pembatalan cukai terhadap Yayasan Albukhary.

Pengerusi DAP itu dalam kenyataan memberikan tempoh sehingga Rabu depan kepada bekas perdana menteri itu untuk berbuat demikian.

Guan Eng berkata, sekirannya Muhyiddin gagal untuk membuat permohonan maaf, beliau akan mengambil tindakan untuk menyaman fitnah terhadap Pengerusi Perikatan Nasional tersebut.

“Beliau harus meminta maaf dan menarik balik fitnah jahat ke atas saya.

“Memandangkan beliau sibuk dengan kes pertuduhan ke atasnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia termasuk menghadapi satu lagi pertuduhan oleh SPRM pada hari Isnin ini, saya akan beri beliau sehingga Rabu untuk menyatakan kebenaran dan membersihkan nama saya.

“Sekiranya beliau gagal memohon maaf dan menarik balik fitnah jahat beliau terhadap saya, saya akan mengarahkan peguam saya untuk memulakan prosiding perundangan sama malu dengan segera,” tegasnya.

Guan Eng berkata, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sidang akhbar di luar pejabat SPRM pada 9 Mac lalu.

Presiden Bersatu itu dilaporkan berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Guan Eng yang menjadi Menteri Kewangan telah membatalkan pengecualian cukai yang telahpun diluluskan kepada Yayasan Albukhary.

Guan Eng menegaskan, beliau tidak pernah mengaluarkan arahan secara spesifik untuk membatalkan cukai yang diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu kepada Yayasan Albukhary

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, beliau telah mencabar Muhyiddin untuk menunjukkan bukti beliau pernah mengeluarkan arahan berkenaan ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Muhyiddin dalam kenyataan terbaharu hari ini tetap menegaskan Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan mengenakan semula cukai dan cukai penalti ke atas Yayasan Albukhary.

Menurut Muhyiddin, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan Kerajaan Barisan Nasional kepada yayasan tersebut selepas Pakatan Harapan mentadbir negara pada Mei 2018.

Sebaliknya, LHDN di bawah kuasa Guan Eng sebagai Menteri Kewangan telah bertindak mengenakan semula cukai berserta 45 peratus cukai penalti terhadap yayasan yang dinaungi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Muhyiddin berkata, beliau telah menerima surat rayuan daripada Yayasan Albukhary semasa menjadi perdana menteri dan telah dimaklumkan pihak yayasan menerima pengecualian cukai untuk kerja-kerja amal Islam.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Guan Eng kenakan semula cukai terhadap Yayasan Albukhary – Muhyiddin