Pemain pertahanan Manchester United, dan England, Harry Maguire. Foto Sky Sports

LONDON – Bekas kapten Manchester United, Harry Maguire kini menjadi sasaran Paris Saint Germain (PSG) yang berminat membelinya apabila sedia membayar £50 juta untuk pemain bek tengah itu.

Sun Sport melaporkan, kelab gegarsi Perancis itu merancang untuk membawanya masuk berikutan pemain pertahanan seperti Sergio Ramos yang sudah berusia dan mungkin tidak akan disambung kontrak,

Pada masa sama, PSG juga kerap berdepan masalah kecederaan pemain seperti Presnel Kimpembe yang mana Maguire dianggap calon pilihan kerana antara pemain yang kurang risiko kecederaan.

Sebelum ini, Maguire pernah dikaitkan dengan kelab seperti Chelsea ketika di bawah Tuchel namun pemain itu tidak mahu berpindah.

Selain Chelsea, kelab seperti Barcelona juga berminat dengan pemain berusia 30 tahun itu dan namanya disertakan dalam perpindahan De Jong.

Cadangan itu turut ditolak Maguire yang melafazkan ikrar setianya bersama Manchester United.

Ketika ini, Maguire kini bukan pilihan utama mahu pun kedua United selepas pengurus Erik Ten Hag mempercayai gandingan Lisandro Martinez dan juga Raphael Varane.

Malah kerap berada di belakang Victor Lindelof ketika Martinez atau pun Varane tidak tersedia untuk beraksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast