Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus jabatan Kerajaan Persekutuan di Terengganu yang disyaki menyalahgunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan untuk dirinya sendiri melalui perolehan kerja pembaikan kenderaan jabatan sekitar tahun 2019 hingga 2022.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Terengganu semasa hadir memberi keterangan hari ini.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi tujuan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast