Ahmad Zahid Hamidi

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti mana yang diminta bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Timbalan Perdana menteri berkata, dia akan sentiasa bekerjasama dengan SPRM sekiranya perlu.

“Saya sentiasa terbuka dan pernah disiasat dan saya pernah dibawa ke mahkamah dan saya bersedia pada bila-bila masa.

“Tetapi saya mahu ingatkan janganlah tepuk air didulang dan tentu muka kita terperecik meludah ke langit semula. Saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau,” katanya.

Beliau yang merupakan Presiden UMNOI menyatakan demikian pada  sidang media ketika ditanya mengenai langkah Muhyiddin yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar SPRM untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid.

Menurut Muhyiddin, bukan sahaja Bersatu, siasatan juga perlu dilakukan terhadap kedua-dua pemimpin itu serta sumber kewangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO.

Katanya,, pendakwaan terhadap pemimpin Bersatu juga adalah pemangsaan politik secara terpilih yang dilakukan secara rakus. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Haaa kalau org lain Mudin Pagoh panggil penyamun..kalau kena batang hidung sendiri..pendakwaan terpilih? Mcm bangang punya alasan

Comments are closed.