Goncalo Inacio. Foto The Sun.

LONDON – Manchester United bersedia untuk mendapatkan pemain pertahanan Sporting Lisbon, Goncalo Inacio selepas aksi mengagumkannya dalam Liga Europa menentang Arsenal, menurut laporan Correio da Manha.

Inacio, 21, adalah seorang lagi pemain yang sentiasa dipantau kelab dan dilaporkan gembira dengan persembahan pemain pertahanan itu menentang Gunners pada hari Khamis.

The Red Devils tidak lagi meragui pemain pertahanan itu dan bersedia untuk melakukan proses perpindahan dengan harga sekitar €35 juta.

United ketika in hanya mempunyai seorang bek tengah berkaki kiri dalam skuad dalam skuad Lisandro Martinez dan Erik ten Hag mungkin mahukan satu lagi pesaing mantap untuk pemain Argentina itu pada musim panas ini.

Luke Shaw telah melakukan tugas yang boleh dipercayai apabila Martinez telah diberi rehat tetapi pengurus mungkin lebih suka seorang lagi pertahanan tengah kaki kiri tulen dalam skuad musim depan.

Sebelum ini, The Red Devils memburu pemain pertahanan tengah muda pada musim panas ini dan mereka telah dikaitkan dengan beberapa nama berprofil tinggi termasuk Josko Gvardiol dari RB Leipzig

Dia mungkin merupakan pilihan yang paling menguntungkan yang boleh didapati, tetapi pemain antarabangsa Croatia itu tidak akan datang dengan harga yang murah kerana boleh menelan kos melebihi €100 juta pada jendela perpindahan seterusnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast