Polis sedang mengesan warga emas How Loo Kee (kiri) yang dilaporkan hilang sejak 11 Februari lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak bulan lepas.

Menurut Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan, warga emas terbabit dikenali dengan nama How Loo Kee, berusia 77 tahun.

Alamat terakhirnya di Blok A-7E-7, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Kali terakhir Loo Kee dilihat pada 11 Februari lalu, jam 8 malam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Tun H.S. Lee, Insp Mohamad Shukri Mat Idris ditalian 012-4401833 / 03-92212222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette